alangkah indahnya dunia pancing bila mendapat hasil yang lumayan..tapi ingat lah kepada anak cucu kita pada masa akan datang.pastikan ambil yang berpatutan sahaja jangan berlebihan....
tidak dapat dibayangkan bile berhadapan dengan situasi begini..walaupun diberi 1 juta ringgit tidak mungkin tergugat dari melayani perasaan yang nikmat tidak terhingga....
Pada satu ketika dahulu ada seorang budak yang amat nakal sekali..sehinggakan kedua orang tuanye pun tidak sanggup untuk melayan segala kerenah yang sengaja ditimbulkannye..malahan orang-orang kampung dan kawasan persekitaran teramat sakit hati akan budak ini..maka dengan itu org-org kampung berpakat untuk membawa perkara ini kepada tok ketua kampung..ini kerana tidak mahu masalah ini berlarutan..bile perkara itu diketahui oleh kedua ibubapa budak itu..maka teramatlah runsing memikirkan aper akan terjadi di masa hadapan terhadap anak mereka yang nakal tersebut...org kampung nampaknye sudah melaporkan hal kepada tok ketua kampung yang acah-acah umno tapi pkr(nak cover title dr kene tarik)maka membuat keputusan yang berat sebelah tanpa memikirkan baik buruknye dahulu...keputusan yang diambil adalah muktamad tiada dakwa dakwi..bile budak nakal itu mendapat tahu tindakan yang akan diambil keatasnye maka dia mengambil keputusan untuk melarikan diri ke pejabat kedutaan..untuk mendapatkan perlindungan suaka politik..setelah berbincang dengan duta kecik maka kene lah budak itu transfer ke maldives...teramatla suke sekali budak itu kerana diketahui bahawa negara itu adalah syurga untuk para pemancing...maka berteriaklah budak itu kegembiraan...horrraaaay...makan pancing tido pancing ...minum air masin...